Sejarah

Sejarah (Latar Belakang)

Maahad Muhammadi Gua Musang  yang pada awalnya dikenali dengan nama SMU (A) Sungai Terah terletak di RPT Sungai Terah, iaitu lebih kurang  3 km dari Bandar Gua Musang, Kelantan.
SMU (A) diasaskan oleh Ustaz Haji Ibrahim B Haji Harun, yang juga merupakan pengetua pertama di sekolah ini bermula pada tahun 1983 hingga tahun 1988. Pada awalnya, sesi pembelajaran bermula dengan hanya sebuah bangunan sekolah yang menempatkan pelajar tingkatan 1 seramai 15 orang dengan tenaga pengajar pada waktu itu seramai 3 orang dan seterusnya bertambah kepada 18 orang. Pada hari ini jumlah tenaga pengajar telah bertambah kepada 51 orang seiring dengan pertambahan pelajar meningkat lebih 750 orang. MMGM telah diketuai seramai 14 orang pengetua dan sekarang dipimpin oleh Ustaz Kharud-din B Ismail.
  
Pada Tahun 1984, bangunan sekolah lama telah dipindahkan ke kawasan baru iaitu berdekatan dengan Kampung Tiong, Gua Musang. Pada mulanya hanya satu blok bangunan sahaja. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan pada 21 Julai 1986 bersamaan 24 Zulkaedah 1406 H oleh Y.A.M Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Pada tahun berikutnya disebabkan pertambahan tenaga pengajar serta kemasukan sebilangan besar jumlah pelajar baru memaksa banyak bangunan-bangunan baru telah didirikan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

Sambutan daripada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan mempunyai masalah 13 0rang pengangkutan untuk ke sekolah menimbulkan ilham untuk membuka bangunan asrama putera dan puteri pada tahun 1985 juga. Sejarah mula tercipta pada tahun 1986 apabila SMU (A) Sungai Terah kini mendapat gelaran baru iaitu SMU (A) Gua Musang.

Setelah berlalunya tahun demi tahun, pada tahun 2005, sebuah bangunan besar 2 tingkat telah dibina bagi menambahkan infrastruktur sekolah di mana bangunan ini menempatkan segala kemudahan seperti pejabat sekolah, bilik pengetua dan bilik-bilik guru, bilik mesyuarat, bilik kesihatan, bilik wawasan, bilik kaunseling dan bilik peperiksaan yang mana untuk melicinkan dan melancarkan lagi proses pentadbiran sekolah.

Antara kemudahan-kemudahan lain yang ada di sini ialah perpustakaan sekolah, koperasi, bengkel KHB, kantin, pondok ilmu, bilik APD, Masjid Bilal Bin Rabah,makmal sains dan sebagainya. Kini dengan keluasan sebanyak 16 ekar dengan 5 blok bangunan, SMU (A) Gua Musang sekali lagi mendapat pengiktirafan daripada Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2005 dan ditukarkan nama kepada Maahad Muhammadi Gua Musang.
                     
Mulai tahun 2011 di bawah pimpinan Ustaz Pahruddin Karimi Bin Che Muhammad pengetua mmgm , amalan harian guru-guru dan pelajar adalah bersama-sama membaca al-quran di dataran sebelum memulakan sesi pembelajaan. Tahun demi tahun MMGM telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dalam kegiatan kokurikulum dan kurikulum

MMGM bukan sahaja menekankan aspek kurikulum tetapi menitikberatkan aktiviti kokorikulum. Bagi merialisasikan misi dan visi mmgm telah menganjukan pelbagai program bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya. Program yang telah dilaksanakan ialah kelas tambahan, program mentor mentee dan seminar seminar serta motivasi pelajar. Serta pelbagai kursus dan seminar telah diadakan bagi meningkatan prestasi pelajar. Kecemerlangan pelajar telah menampakkkan kejayaan apabila MMGM telah melahirkan pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Peingkatan dapat dilihat dalam peperiksaan STAM, SPM DAN PMR TAHUN 2011.

Pada hari ini, Maahad Muhammadi Gua Musang dapat berbangga dengan keadaan sekolah serta corak pentadbiran yang kukuh serta kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar-pelajarnya.


No comments:

Post a Comment