Wednesday 13 November 2013

Ujian Kemasukan Pelajar Baru 2014/ 1435

Rabu (13/11/2013/ 09 Muharram 1435) -MMGM telah mengadakan ujian kemasukan pelajar baru bagi sessi 2014/ 1435 
Ujian Bertulis

Tuesday 12 November 2013

Mesyuarat Guru Sempena peperiksaan Pelajar Baru 2014

Maahad Muhammadi Gua Mesyuarat telah mengadakan mesyuarat sempena kemasukan pelajar baru tahun 2014/ 1435 Hijrah.  Jawatankuasa khas telah dilantik bagi melancarkan perjalanan peperiksaan pada hari Rabu ini (13.11.2013/ 09 Muharram 1435)


Mesyuarat guru telah dipengerusikan olehUstaz Mahussin Isa, Penolong Kanan Pentadbiran MMGM

Saturday 9 November 2013

                                              SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI

                                              MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG



                                          INDAHNYA 2013        / 1434 HIJRAH










Friday 8 November 2013

Jom ke Sekolah Arab 2014
                                
Sesungguhnya ilmu agama lebih utama jika dibandingkan dengan ilmu keduniaan. Hal ini jelas daripada sabda nabi yang bermaksud: " Dunia akan pergi berlalu dan akhirat akan datang menjelang dan kedua-duanya mempunyai anak-anak. Maka jadilah kamu anak akhirat dan jangan menjadi anak dunia. Sesungguhnya pada hari ini hanya ada amal tanpa hisab (perhitungan) dan esok hanya ada hisab (perhitungan) tanpa amal." (Hadith sahih riwayat Bukhari)


Terdapat banyak keutamaan bagi mereka yang memiliki ilmu agama, antara keutamaan itu ialah:
1. Ia warisan semua nabi.
2. Ilmu itu akan kekal sekalipun pemiliknya meninggal, tetapi harta yang menjadi rebutan akan sirna.
3. Ilmu, sebanyak mana pun tidak menyusahkan pemiliknya untuk menyimpan. Ia tidak memerlukan gedung besar untuk meletakkannya. Ia cukup untuk disimpan dalam dada dan kepala. Ilmu akan menjaga pemiliknya sehingga memberi rasa nyaman dan aman. Berlainan dengan harta, semakin bertimbun, semakin susah untuk mencari tempat menyimpannya.
4. Ilmu boleh menghantar pemiliknya menjadi saksi atas kebenaran dan keesaan Allah. Tetapi harta sama sekali tidak akan menghantar pemiliknya sampai ke darjat itu.
5. Ulama (ahli ilmu syariat) tidak menganjurkan pendurhakaan terhadap Allah dan RasulNya. Kenyataan ini boleh dirujuk surah An-Nisa' ayat 59.